Redress your

Unresolved Complaints

on communication and multimedia services at

www.complaint.cfm.org.my

26 December 2016

webe perkenal pelan berkongsi data home broadband

webe, penyedia rangkaian mudahalih terbaru di Malaysia akhirnya mengumumkan pelan pengguna baru yang membolehkan data dikongsi tanpa caj tambahan. Ianya bukanlah pelan tanpa had, sebaliknya memberikan pengguna 10GB data sebulan pada harga RM59 sahaja, dipanggil sebagai webe home brodband.
 

Walaupun data kini boleh dikongsi, webe home broadband adalah pelan data sahaja. Ia tidak boleh digunakan untuk membuat panggilan dan juga SMS.
 

Sebagai promosi pengenalan, webe home broadband ditawarkan bersama tambahan 20GB, menjadikan jumlah data 30GB sebulan untuk RM59 sahaja. Promosi ini hanya sah sehingga 28 Februari 2017. Selepas itu, ia akan kembali ke kuota 10GB sebulan. Jika kuota data kehabisan, internet masih boleh digunakan dengan sekatan kelajuan 128kbps.
 

webe home broadband hanya menawarkan pelan sahaja tanpa sebarang peranti. Pengguna perlu menggunakan peranti sendiri seperti MiFi atau tablet, dan seterusnya boleh dikongsi bersama sehingga 10 peranti lain.
 

Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web webe, dan kad sim akan dihantar terus ke rumah secara percuma, atau pengguna boleh melawat webe lounge di Sunway Pyramid Selangor, Queensbay Mall Pulau Pinang atau JBCC Johor.

read more here

 

Like what you see? Share it with your friends.