Redress your

Unresolved Complaints

on communication and multimedia services at

www.complaint.cfm.org.my

11 May 2016

Selepas komuniti, webe perkenal aplikasi ganjaran webe850

webe adalah syarikat telekomunikasi baru yang lahir dari P1. Pengenalan pertamanya agak unik, kerana ia tidak melancarkan pelan, tetapi memperkenalkan komuniti webe. Ramai yang menanti apakah pelan 4G yang bakal webe perkenalkan, dan ia nampaknya semakin hampir.

 

webe didapati telah melancarkan satu lagi program baru, selepas komuniti webe. Ia dikenali sebagai webe850 dan pengenalannya menawarkan pelan 4G percuma selama setahun. Kenapa webe850? Kerana 850 adalah frekuensi 4G yang digunakan webe.

 

Untuk peluang memenangi internet selama setahun ini, pengguna perlu memuat turun aplikasi webe850 menerusi Apple Appstore atau Google Playstore. Dari situ, terdapat beberapa misi dan permainan yang perlu diselesaikan, untuk mendapat markah.

 

Jika pengguna memasang aplikasi webe850 dan membuat pendaftaran menggunakan telefon pintar yang menyokong frekuensi 850MHz, pengguna akan menerima mata bonus sebanyak 8500. Kemudian, kumpul lebih banyak mata menerusi pelbagai permainan di dalam aplikasi webe850.

 

Internet percuma selama setahun itu adalah salah satu dari hadiah berjumlah RM6 juta yang disediakan webe850. Antara hadiah lain yang disediakan adalah telefon pintar dan juga baucer. Lebih banyak mata terkumpul, lebih besar peluang memenangi hadiah.

 

read more here

Like what you see? Share it with your friends.