Redress your

Unresolved Complaints

on communication and multimedia services at

www.complaint.cfm.org.my

07 November 2016

webe tawar pelan satu kadar RM79

KUALA LUMPUR 7 Nov. – webe Digital Sdn Bhd (webe), anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia Berhad (TM), memper­kenal tawaran terhad pakej perkhidmatan pada satu kadar iaitu RM79 sebulan kepada pe­langgan baharu dan sedia ada berkuatkuasa 1 November.

 

Ketua Pegawai Pemasarannya, Lai Shu Wei berkata, pelanggan sebelum ini dikehendaki memenuhi dua kriteria bagi mendapat rebat kadar harga tersebut iaitu merupakan pengguna aktif UniFi/Streamyx atau pelanggan jalur lebar Webe dan menggunakan telefon yang diiktiraf syarikat itu.

 

Katanya, maklum balas mendapati rakyat negara ini yang teruja untuk menggunakan Webe tetapi tidak jelas mengenai rebat tersebut yang seterusnya membuatkan syarikat mengambil keputusan untuk menawarkan pelan perkhidmatan mudah alih pada harga RM79 kepada semua rakyat Malaysia dalam tempoh masa terhad.

 

“Kedua-dua kriteria sebelum ini diperlukan untuk layak mendapat rebat kerana kita mahu ahli-ahli kami untuk mendapat pengalaman mobiliti yang mereka tidak pernah alami sebelum ini. Kriteria lain adalah untuk ahli-ahli dapat mengalami pengalaman keseluruhan digital melalui perkhidmatan ‘Quad Play’ yang ditawarkan oleh Kumpulan TM.

 

“Sebagai jenama yang mementingkan masyarakat, kita mendengar pelanggan kami dan dengan kempen #webenow, mereka yang ingin tahu kini boleh menjadi ahli Webe tanpa bimbang tentang komitmen jangka panjang dan sekatan kontrak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Tambahnya, sepanjang tempoh tawaran tersebut, pelanggan baharu dan semasa yang melang­gan Webe dapat menikmati data tanpa had, panggilan dan khidmat pesa­nan ringkas (SMS) pada hanya RM79 sebulan.

 

webe mula diperkenalkan untuk langganan awam pada 30 September 2016 dengan menawarkan jenama baharu pengalaman digital hujung ke hujung dan boleh diakses sepenuhnya secara dalam talian.

 

Rakyat Malaysia kini boleh melanggan pelan perkhidmatan mudah alih webe dan mempunyai kad SIM mereka dihantar ke rumah dalam tempoh satu hingga tiga hari.

 

“webe, sebagai pembekal perkhidmatan mobiliti digital membolehkan ahli-ahli untuk memanfaatkan sebahagian besar teknologi mudah alih dan membuat gaya hidup digital mereka lebih mudah.

 

read more here

Like what you see? Share it with your friends.